December 8, 2015

Ahlan Wasahlan MUALLIMAH ROSMAWATI


Assalamualaikum wrh wbt.

Diucapkan Ahlan Wasahlan kepada Guru Besar terkini Sek Ren SRI Al-Amin NILAI yang telah mula bertugas pada 1 Disember 2015 yang lalu. Di sini, pihak sekolah ingin berkongsi serba sedikit latar belakang mengenai Muallimah Rosmawati.

Nama: ROSMAWATI BINTI ABDUL WAHAB.
Tarikh Lahir: 7 Mei 1963.
Tempat Lahir: Lubok China, Melaka.
Keluarga: Dikurniakan 7 orang anak , 4 lelaki, 3 perempuan, 2 menantu dan seorang cucu.
Nama suami: Ust Abd Haris Bin Bain. (Syahadah Perguruan Musleh 2000-2005 & Syahadah Penolong Kanan Musleh 2007)

Kelulusan:Universiti Al-Azhar Mesir.
Pengalaman sebagai pendidik:
1) Sek Rendah Islam Hidayah Johor Bharu (1995- 2000)
Guru (1995-1998)
PK Syariah (1998-1999)
2) Sek Rendah Islam Hidayah Johor Bharu (1995- 2000)
Guru (1995-1998)
PK Syariah (1998-1999)
3) Sekolah Menengah SRI Al Amin Bangi (2005-2015)
Guru (2005-2007)
PK HEM (2007-2008)
Cuti Tanpa Gaji 2009 (Ulang Alik Menjaga Ibu Sakit)
PK HEM (2010-2011)
Cuti Tanpa Gaji Ikut Suami (Nov 2011-Nov 2013)
Pegawai Tarbiyah Kakitangan Al Amin Bangi (Dis 2013-2015)
4) Sekolah Rendah Sri Al Amin Nilai (Dis 2015)
Guru Besar (1 Dis 2015)

Seluruh warga kerja Sek Ren SRI Al-Amin NILAI mengalu-alukan kedatangan Muallimah Rosmawati. Semoga kehadiran Muallimah dapat memberi nafas baru dalam pentadbiran sekolah sekaligus dapat meningkatkan pencapaian sekolah, guru-guru serta para pelajar.

Terima kasih.


October 22, 2015

Assalamualaikum wrh wbt

Semoga tuan/puan berada dalam kesejahteraan dan mendapat keredhaan Allah SWT hendaknya.

Merujuk perkara di atas, bersama-sama surat yang telah diedarkan kepada murid-murid pada hari ini disertakan borang pendaftaran semula pelajar lama yang ingin meneruskan persekolahan di Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai pada sesi 2016.

2          Justeru itu, tuan/puan diminta memberikan kerjasama sebaiknya untuk melengkapkan semua butiran yang diperlukan dan menghantar semula borang tersebut kepada pihak pengurusan sekolah di Kaunter Yuran sebelum 15hb November 2015 ini beserta dengan bayaran pendahuluan Yuran Tahunan 2015 sebanyak RM50 seorang. Semakan yuran bagi tahun 2015 juga harus dibuat kerana pendaftaran semula anak tuan/puan tidak akan diproses sekiranya mempunyai masalah tunggakan yuran.

3.         Kegagalan tuan/puan untuk menghantar borang dan bayaran tersebut juga akan dianggap tuan/puan tidak akan menghantar anak tuan/puan ke Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai pada sesi 2016 dan pihak kami akan menawarkan tempat anak tuan/puan kepada mereka yang sedang dalam senarai menunggu untuk bersekolah di sekolah ini.

4.         Pembayaran boleh dibuat secara tunai/ cek/ perbankan internet/ deposit tunai ke Pendidikan Ikram Musleh (Nilai) Sdn Bhd di akaun Maybank Berhad yang bernombor 555108-30329-5. Sila maklum kepada kami sekiranya pembayaran telah dijelaskan menerusi email sriaabn@gmail.com atau serahkan slip pembayaran di kaunter yuran.

Segala kerjasama tuan/puan yang diberikan amatlah diharapkan dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, wassalam.

April 6, 2015

MAKLUMAN KARNIVAL KOKURIKULUM DAN PROGRAM HARI KANTIN 2015

Assalamualaikum wrh wbt.




Semoga tuan/puan berada di dalam kerahmatan Allah hendaknya.

2. Berhubung perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa Sekolah Rendah Sri Al Amin Nilai akan mengadakan Karnival Kokurikulum dan Hari Kantin 2015. Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh:
14 April 2015 (Selasa) => Hari Kantin
15 April 2015 ( Rabu ) => Karnival Kokurikulum


Masa:
8:30 pagi – 3:30 petang


Tempat:
Sekolah Rendah Sri Al Amin Nilai 


3. Sempena program Hari kantin ini, pihak sekolah akan membuat jualan kupon. Kupon akan dijual kepada semua murid minima RM 10. Bayaran boleh dibuat selewat-lewatnya pada hari Jumaat (10 April 2015) kepada guru kelas masing-masing. 

4. Pada hari tersebut, pihak sekolah akan membuka gerai-gerai jualan makanan dan minuman, kraftangan dan pakaian. Selain itu juga diadakan pelbagai jenis permainan. Semua urusniaga termasuk permainan adalah menggunakan kupon sahaja. Manakala pada hari Rabu akan diadakan persembahan unit beruniform sekolah. Murid-murid juga tidak perlu membawa buku pelajaran pada dua hari tersebut.

Kerjasama daripada tuan/puan amat kami hargai dan di dahului dengan ucapan terima kasih serta jazakallahu khairan kathira.

March 11, 2015

AL FATIHAH BUAT MUALLIM LIZAL ISWADY

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum wrh wbt



Dukacita dimaklumkan bahawa seorang Murabbi Sek Ren Islam SRI Al-Amin Nilai, Muallim Lizal Iswady b Ahmad Ghadzali, telah kembali ke rahmatullah pada lebih kurang jam 12.50 tengah hari tadi. Semoga roh Allayarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Bagi ibubapa/penjaga yang berhajat untuk menziarahi Allayarham Muallim Lizal Iswady, bolehlah ke kediaman Allayarham seperti alamat di bawah:

NO 37, JALAN 2/4B,
BANDAR SERI PUTRA,
43000 KAJANG, SELANGOR.

Turut dimaklumkan bahawa Pejabat Sekolah akan ditutup pada jam 3.30 PETANG  pada hari ini berikutan Muallim/Muallimah serta Staf-Staf Sokongan akan terus ke kediaman Allayarham.

Sekian, jazakallahu khairan kathira.

Sumbangan untuk Muallim Lizal Iswady

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.

Dukacita dimaklumkan bahawa, Pegawai Pentadbiran Syarikat yang menaungi sekolah kita, Muallim Lizal Iswady b Ahmad Ghadzali, kini berada di Hospital Serdang kerana dijangkiti kuman pada jantung.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin mengajak warga SRI Al-Amin Nilai termasuk Bahagian Pengurusan, Muallim/Muallimah, Staf-Staf Sokongan, Murid-Murid serta Ibubapa/Penjaga agar bersama-sama memberi sumbangan untuk keluarga beliau.

Sumbangan bolehlah diserahkan kepada murid ataupun terus ke Pejabat Sekolah, dan kutipan akan dijalankan dari kelas ke kelas. Marilah sama-sama kita mendoakan kesihatan yang baik buat Muallim Lizal Iswady.

Bagi warga SRI Al-Amin Nilai yang ingin menziarahi beliau, beliau di tempatkan di ward ICU tingkat 4, katil no 13.

Sekian, terima kasih.

March 1, 2015

KEM MOTIVASI TARGET ‘A’ MURID TAHUN 6

Assalamualaikum wrh wbt

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT

2.Sukacitanya dimaklumkan bahawa pihak Sek Ren Islam SRI Al-Amin Nilai dengan kerjasama Akademi Latihan Al-Fateh akan menganjurkan Kem Motivasi Target ‘A’ khas untuk murid-murid Tahun 6 seperti butiran berikut:

Tarikh: 6 hingga 7 Mac 2015
Hari: Jumaat hingga Sabtu
Tempat: Sek Ren Islam SRI Al-Amin Nilai
Yuran Makan: RM 10.00 seorang
Penyertaan: WAJIB

3.Murid-murid dikehendaki membuat pembayaran selewat-lewatnya pada 5hb Mac 2015 (Khamis) di Pejabat Sekolah. Diminta tuan/puan menyediakan surat tunjuk sebab bagi murid yang tidak dapat mengikuti kem motivasi ini.

Bersama-sama surat ini disertakan tentatif program sebagai rujukan tuan/puan. Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih dan jazakallahu khairan khathira.

Sekian, terima kasih.

TENTATIF PROGRAM KEM MOTIVASI TARGET A

HARI PERTAMA
04.30 pm = Pendaftaran Murid
05.00 pm = Taklimat & Ice-breaking
06.30 pm = Kendiri
07.00 pm = Makan Malam
07.30 pm = Solat Maghrib Berjemaah & Tazkirah
08.30 pm = Solat Isya’ Berjemaah
09.00 pm = TALK 1: KUASA MATLAMAT
11.00 pm = Tidur

HARI KEDUA
05.30 am = Kendiri
06.00 am = Solat Subuh Berjemaah & Tazkirah
06.40 am = Riadhah Anak Soleh
07.30 am = Kendiri & Sarapan Pagi
08.30 am = LDK 1
09.30 am = Minum Pagi & Solat Dhuha
10.00 am = Explorace Musleh
01.00 pm = Rehat, Makan Tengah Hari & Solat Zohor Berjemaah
02.30 pm = TALK 2: MENGENAL POTENSI DIRI
04.00 pm = Majlis Penutup & Solat Asar Berjemaah
05.00 pm = Bersurai

Blog Rasmi SRI Al-Amin Nilai: http://sriaabn.blogspot.com/

February 23, 2015

MAKLUMAN TAMBAHAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacitanya pihak Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai ingin menjemput tuan/puan ke Hari Temasya Sukan Tahunan 2015 seperti berikut :

            Tarikh            : 28 Februari 2015 (Sabtu)
            Masa              : 7.30 pagi – 12.00 tgh hari
            Tempat           : Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

3.         Sehubungan dengan itu, murid-murid diminta hadir ke stadium sebelum jam 7.45 pagi dan terus membuat pendaftaran di khemah rumah sukan masing-masing untuk persediaan acara ‘Perarakan Perbarisan Dan Lintas Hormat’. Murid-murid akan dibekalkan dengan sarapan pagi selepas membuat pendaftaran.

4. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa beberapa acara sukan tahunan terpaksa dijalankan terlebih dahulu di sekolah berikutan keadaan cuaca panas yang tidak mengizinkan. Bersama-sama surat ini dilampirkan jadual acara sukan yang bakal dijalankan lebih awal untuk rujukan pihak tuan/puan.

5.         Aktiviti kokurikulum dan Lanjutan TKRS(M) pada hari Rabu dan Khamis ini (25 & 26 Februari 2015) akan ditangguhkan demi memberi ruang kepada guru-guru serta barisan urusetia membuat persiapan untuk Hari Temasya Sukan Tahunan tersebut.

6.         Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa waktu persekolahan pada hari Jumaat ini (27 Februari 2015) akan dipendekkan sehingga jam 2.30 petang bersempena persiapan akhir Hari Temasya Sukan Tahunan. Tuan/Puan diminta merancang pengangkutan anak/jagaan pada tarikh tersebut.

Jazakallahu Khairan Jaza’


Peta Lokasi Temasya Sukan Tahunan SRIAAN 2015




February 13, 2015

MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU CINA 2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.

Tuan,

MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU CINA 2015

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

2.         Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa murid-murid Sek Ren SRI Al-Amin Nilai akan bercuti sempena Tahun Baru Cina seperti butiran berikut:

CUTI SEMPENA
TARIKH MULA
TARIKH TAMAT
CUTI TAHUN BARU CINA
19 FEB 2015
20 FEB 2015

3.         Murid-murid dikehendaki hadir semula ke sekolah seperti biasa pada 23 Februari 2015 (Isnin).

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih dan jazakallahu khairan khathira.


Sekian, terima kasih.

February 11, 2015

VISI, MISI & FALSAFAH SEKOLAH

 


VISI

Institusi Pendidikan Sri Al-Amin Bangi Meneraju Sistem Pendidikan Islam Bagi Melahirkan Insan Rabbani.

MISI

1. Memberi pendidikan yang seimbang, cemerlang dan berkualiti bagi menjana peningkatan keilmuan, kemahiran, keterampilan dan berdaya saing tinggi.

2. Menggilap potensi kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum yang berkesan berlandaskan syariat Islam.

3. Mempertingkatkan tarbiyah dan sahsiah murid untuk melahirkan insan Rabbani.

4. Membangunkan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.

FALSAFAH SRI AL-AMIN NILAI

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.