June 27, 2018

UJIAN KEMASUKAN PELAJAR DAN SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA CALON MURID TAHUN SATU (1) 2019

Assalamualaikum.

Kepada:
Ibu bapa/Penjaga
Calon Murid Tahun 1 2019

Tuan/Puan,

UJIAN KEMASUKAN PELAJAR DAN SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA CALON MURID TAHUN SATU (1) 2019

Semoga surat ini menemui tuan/puan dalam rahmat Allah hendaknya.

2. Lanjutan kepada permohonan anak tuan/puan untuk belajar di Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai, sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Kemasukan Murid Tahun Satu (1) dan Sesi Temubual Ibu bapa/Penjaga dan akan diadakan pada 07hb Julai 2018 dan butirannya adalah seperti berikut :

PENDAFTARAN 8.30 PAGI di KANTIN SEKOLAH
UJIAN MURID 9.00 PAGI di BANGUNAN B
TEMUBUAL IBUBAPA 9.00 PAGI di BANGUNAN A

3. Ibu dan bapa diminta hadir bersamaan pada masa yang ditetapkan. SILA BAWA ALAT TULIS DAN PENSIL WARNA BERSAMA. Ibu bapa yang telah pun mempunyai anak di Al-Amin tidak perlu mengikuti sesi temubual dengan pihak Lembaga Sekolah kecuali diberitahu melalui surat.

4. Sehubungan dengan itu juga, semua ibu bapa dikehendaki menghadiri Kursus Keibubapaan. Tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

5. Sebagai makluman, syarat diterima masuk ke Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai adalah seperti berikut:
* Lulus ujian bagi murid.
* Lulus temubual ibubapa.
* Menghadiri Kursus Keibubapaan.
* Tiada tunggakan yuran / masalah disiplin bagi ibu bapa lama.

Bersama-sama ini disertakan prosedur untuk hari tersebut. Kerjasama dan sokongan pihak tuan / puan terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan di Sekolah Islam SRI Al-Amin Nilai amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROSEDUR HARI UJIAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 
& TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA

Tarikh: 07 Julai 2018 (Sabtu) Tempat : SRI Al-Amin Nilai

1) Sila semak perkara berikut pada papan kenyataan di sebelah Kaunter Pendaftaran:

i. Nombor kumpulan murid untuk Ujian Kemasukan Pelajar.
ii. Nombor kumpulan untuk Temubual Ibu bapa/Penjaga.

2) 08.30am :Membuat pendaftaran di Kaunter Pendaftaran yang berada di hadapan Kantin Sekolah serta dapatkan borang A dan B di kaunter tersebut. Ibu bapa/Penjaga yang telah mempunyai anak di SRI Al-Amin Nilai tidak perlu menghadiri sesi temubual dan perlu menyerahkan Borang A dan Borang B di Kaunter Pendaftaran.

3) 08.45am : Murid diminta beratur di hadapan Pejabat Sekolah mengikut nombor kumpulan masing-masing. Guru bertugas akan membawa murid ke kelas di Bangunan B untuk mengambil Ujian Kemasukan. Murid yang telah selesai menjawab ujian akan ditempatkan di Kantin Sekolah.

4) 09.00am :Ibu bapa/Penjaga dikehendaki membawa bersama Borang A dan Borang B untuk sesi Temubual Ibu bapa/Penjaga yang diadakan di Kelas di Bangunan A. Bagi ibu bapa/penjaga yang telah selesai ditemubual bolehlah mengambil anak di Kantin Sekolah.

March 30, 2018

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2019



Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2019 dibuka pada 1 April hingga 30 Jun 2018.


Prosedur kemasukan :

1. Ibubapa/penjaga perlu mengisi borang secara online di PENDAFTARAN ONLINE. (Bermula 1 April 2018)

2. Hadiri ujian kemasukan murid & sesi temubual ibu bapa. *(07 Julai 2018)
Sila bawa salinan dokumen yang diperlukan semasa menghadiri ujian kemasukan murid & sesi temubual ibu bapa :
- Salinan Sijil Lahir 

- Salinan MyKid Murid
- Salinan Kad Pengenalan Ibu&bapa/Penjaga
- 2 Keping Gambar Passport Murid
- Wang Proses RM 30.00

3. Hadiri kursus keibubapaan (ibu bapa sahaja). *(21 Julai 2018)

4. Semak status permohonan di SEMAKAN STATUS.

5. Membuat pembayaran pendaftaran. Membeli buku dan pakaian di koperasi sekolah.

*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.


Antaran SYARAT KEMASUKAN ialah:

1. Warganegara malaysia. 

2. Berada dalam kohortumur yang diluluskan oleh KPM. (Lahir pada 2 Januari 2012 hingga 1 Januari 2013 SAHAJA) 

3. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, jawi dan bahasa arab. 

4. Menguasai kemahiran asas mengira. 

5. Boleh membaca sekurang-kurangnya iqra' 3. 

6. Lulus semua ujian kemasukan (lisan & bertulis) 

7. Lulus temubual ibubapa. 

8. Ibu bapa hadiri program keibubapaan anjuran sekolah. 

9. Tiada tunggakan yuran bagi ibu bapa lama.

10. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh lembaga pengelola sekolah.

PIHAK SEKOLAH AKAN MEMBUAT MAKLUMAN MELALUI EMEL, SMS BLAST DAN HEBAHAN FB BERKENAAN UJIAN KEMASUKAN MURID, SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA DAN PROGRAM KEIBUBAPAAN.

SILA PASTIKAN EMEL DAN NOMBOR TELEFON YANG DIDAFTARKAN AKTIF.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh lah menghubungi Pejabat Sekolah di talian 06-7947077.

Sekian, jzkk.