March 31, 2019

PERMOHONAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 SESI 2020

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.


Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Tahun 1 Sesi 2020 dibuka pada 1 April hingga 30 Jun 2019.


Prosedur kemasukan :

1. Ibubapa/penjaga perlu mengisi borang secara online di PENDAFTARAN TAHUN 1. (Bermula 1 April 2019)

2. Hadiri ujian kemasukan murid & sesi temubual ibu bapa. *(06 Julai 2019)
Sila bawa salinan dokumen yang diperlukan semasa menghadiri ujian kemasukan murid & sesi temubual ibu bapa :
- Salinan Sijil Lahir 

- Salinan MyKid Murid
- Salinan Kad Pengenalan Ibu&bapa/Penjaga
- 2 Keping Gambar Passport Murid
- Wang Proses RM 30.00

3. Hadiri kursus keibubapaan (ibu bapa sahaja). *(13 Julai 2019)

4. Semak status permohonan di SEMAKAN STATUS.

5. Membuat pembayaran pendaftaran. Membeli buku dan pakaian di koperasi sekolah.

*Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kemudian.


Antaran SYARAT KEMASUKAN ialah:

1. Warganegara malaysia. 

2. Berada dalam kohortumur yang diluluskan oleh KPM. (Lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014 SAHAJA) 

3. Menguasai kemahiran asas membaca, menulis dalam bahasa melayu, bahasa inggeris, jawi dan bahasa arab. 

4. Menguasai kemahiran asas mengira. 

5. Boleh membaca sekurang-kurangnya iqra' 3. 

6. Lulus semua ujian kemasukan (lisan & bertulis) 

7. Lulus temubual ibubapa. 

8. Ibu bapa hadiri program keibubapaan anjuran sekolah. 

9. Tiada tunggakan yuran bagi ibu bapa lama.

10. Memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh lembaga pengelola sekolah.

PIHAK SEKOLAH AKAN MEMBUAT MAKLUMAN MELALUI EMEL, SMS BLAST DAN HEBAHAN FB BERKENAAN UJIAN KEMASUKAN MURID, SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA DAN PROGRAM KEIBUBAPAAN.

SILA PASTIKAN EMEL DAN NOMBOR TELEFON YANG DIDAFTARKAN AKTIF.

Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut boleh lah menghubungi Pejabat Sekolah di talian 06-7947077.

Sekian, jzkk.



No comments: