February 23, 2015

MAKLUMAN TAMBAHAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN SEKOLAH 2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacitanya pihak Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai ingin menjemput tuan/puan ke Hari Temasya Sukan Tahunan 2015 seperti berikut :

            Tarikh            : 28 Februari 2015 (Sabtu)
            Masa              : 7.30 pagi – 12.00 tgh hari
            Tempat           : Stadium Mini Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang

3.         Sehubungan dengan itu, murid-murid diminta hadir ke stadium sebelum jam 7.45 pagi dan terus membuat pendaftaran di khemah rumah sukan masing-masing untuk persediaan acara ‘Perarakan Perbarisan Dan Lintas Hormat’. Murid-murid akan dibekalkan dengan sarapan pagi selepas membuat pendaftaran.

4. Pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa beberapa acara sukan tahunan terpaksa dijalankan terlebih dahulu di sekolah berikutan keadaan cuaca panas yang tidak mengizinkan. Bersama-sama surat ini dilampirkan jadual acara sukan yang bakal dijalankan lebih awal untuk rujukan pihak tuan/puan.

5.         Aktiviti kokurikulum dan Lanjutan TKRS(M) pada hari Rabu dan Khamis ini (25 & 26 Februari 2015) akan ditangguhkan demi memberi ruang kepada guru-guru serta barisan urusetia membuat persiapan untuk Hari Temasya Sukan Tahunan tersebut.

6.         Pihak sekolah juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa waktu persekolahan pada hari Jumaat ini (27 Februari 2015) akan dipendekkan sehingga jam 2.30 petang bersempena persiapan akhir Hari Temasya Sukan Tahunan. Tuan/Puan diminta merancang pengangkutan anak/jagaan pada tarikh tersebut.

Jazakallahu Khairan Jaza’


Peta Lokasi Temasya Sukan Tahunan SRIAAN 2015




February 13, 2015

MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU CINA 2015

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum wrh wbt.

Tuan,

MAKLUMAN CUTI TAHUN BARU CINA 2015

Semoga tuan/puan berada dalam lindungan dan rahmat Allah s.w.t.

2.         Merujuk perkara di atas, pihak sekolah ingin memaklumkan bahawa murid-murid Sek Ren SRI Al-Amin Nilai akan bercuti sempena Tahun Baru Cina seperti butiran berikut:

CUTI SEMPENA
TARIKH MULA
TARIKH TAMAT
CUTI TAHUN BARU CINA
19 FEB 2015
20 FEB 2015

3.         Murid-murid dikehendaki hadir semula ke sekolah seperti biasa pada 23 Februari 2015 (Isnin).

Segala kerjasama daripada pihak tuan/puan amat kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih dan jazakallahu khairan khathira.


Sekian, terima kasih.

February 11, 2015

VISI, MISI & FALSAFAH SEKOLAH

 


VISI

Institusi Pendidikan Sri Al-Amin Bangi Meneraju Sistem Pendidikan Islam Bagi Melahirkan Insan Rabbani.

MISI

1. Memberi pendidikan yang seimbang, cemerlang dan berkualiti bagi menjana peningkatan keilmuan, kemahiran, keterampilan dan berdaya saing tinggi.

2. Menggilap potensi kepimpinan pelajar yang cemerlang dalam gerak kerja kokurikulum yang berkesan berlandaskan syariat Islam.

3. Mempertingkatkan tarbiyah dan sahsiah murid untuk melahirkan insan Rabbani.

4. Membangunkan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, selesa dan selamat.

FALSAFAH SRI AL-AMIN NILAI

Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta berkemampuan membentuk diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana yang dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.