June 27, 2018

UJIAN KEMASUKAN PELAJAR DAN SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA CALON MURID TAHUN SATU (1) 2019

Assalamualaikum.

Kepada:
Ibu bapa/Penjaga
Calon Murid Tahun 1 2019

Tuan/Puan,

UJIAN KEMASUKAN PELAJAR DAN SESI TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA CALON MURID TAHUN SATU (1) 2019

Semoga surat ini menemui tuan/puan dalam rahmat Allah hendaknya.

2. Lanjutan kepada permohonan anak tuan/puan untuk belajar di Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai, sukacita dimaklumkan bahawa Ujian Kemasukan Murid Tahun Satu (1) dan Sesi Temubual Ibu bapa/Penjaga dan akan diadakan pada 07hb Julai 2018 dan butirannya adalah seperti berikut :

PENDAFTARAN 8.30 PAGI di KANTIN SEKOLAH
UJIAN MURID 9.00 PAGI di BANGUNAN B
TEMUBUAL IBUBAPA 9.00 PAGI di BANGUNAN A

3. Ibu dan bapa diminta hadir bersamaan pada masa yang ditetapkan. SILA BAWA ALAT TULIS DAN PENSIL WARNA BERSAMA. Ibu bapa yang telah pun mempunyai anak di Al-Amin tidak perlu mengikuti sesi temubual dengan pihak Lembaga Sekolah kecuali diberitahu melalui surat.

4. Sehubungan dengan itu juga, semua ibu bapa dikehendaki menghadiri Kursus Keibubapaan. Tempat dan tarikh akan dimaklumkan kemudian.

5. Sebagai makluman, syarat diterima masuk ke Sekolah Rendah Islam SRI Al-Amin Nilai adalah seperti berikut:
* Lulus ujian bagi murid.
* Lulus temubual ibubapa.
* Menghadiri Kursus Keibubapaan.
* Tiada tunggakan yuran / masalah disiplin bagi ibu bapa lama.

Bersama-sama ini disertakan prosedur untuk hari tersebut. Kerjasama dan sokongan pihak tuan / puan terhadap sistem pendidikan yang dilaksanakan di Sekolah Islam SRI Al-Amin Nilai amat kami hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

PROSEDUR HARI UJIAN KEMASUKAN MURID TAHUN 1 
& TEMUBUAL IBUBAPA/PENJAGA

Tarikh: 07 Julai 2018 (Sabtu) Tempat : SRI Al-Amin Nilai

1) Sila semak perkara berikut pada papan kenyataan di sebelah Kaunter Pendaftaran:

i. Nombor kumpulan murid untuk Ujian Kemasukan Pelajar.
ii. Nombor kumpulan untuk Temubual Ibu bapa/Penjaga.

2) 08.30am :Membuat pendaftaran di Kaunter Pendaftaran yang berada di hadapan Kantin Sekolah serta dapatkan borang A dan B di kaunter tersebut. Ibu bapa/Penjaga yang telah mempunyai anak di SRI Al-Amin Nilai tidak perlu menghadiri sesi temubual dan perlu menyerahkan Borang A dan Borang B di Kaunter Pendaftaran.

3) 08.45am : Murid diminta beratur di hadapan Pejabat Sekolah mengikut nombor kumpulan masing-masing. Guru bertugas akan membawa murid ke kelas di Bangunan B untuk mengambil Ujian Kemasukan. Murid yang telah selesai menjawab ujian akan ditempatkan di Kantin Sekolah.

4) 09.00am :Ibu bapa/Penjaga dikehendaki membawa bersama Borang A dan Borang B untuk sesi Temubual Ibu bapa/Penjaga yang diadakan di Kelas di Bangunan A. Bagi ibu bapa/penjaga yang telah selesai ditemubual bolehlah mengambil anak di Kantin Sekolah.