SEJARAH SRIAAN



Sekolah Sri Al-Amin Bangi merupakan sekolah dalam rangkaian Sekolah-Sekolah Islam Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1998. Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sek Ren SRI Al-Amin Serdang (SRIAAS) yang beroperasi buat sementara di Masjid Jamek Serdang.

Objektif utama penubuhan SRIAAS adalah untuk menghayati falsafah pendidikan Islam dan mengembangkan potensi pelajar dari segi intelek,rohani dan jasmani. Selain itu,penubuhan sekolah ini juga bertujuan untuk melahirkan generasi yang menghayati nilai-nilai murni kearah mewujudkan sebuah masyarakat yang bersatu padu, progresif dan harmonis.

Di Masjid Jamek Serdang, bangunannya diperbuat daripada kayu,halamannya tidak berturap dan terdapat bahagian sekolah yang tidak berpagar. Pada peringkat awal,pengajian yang ditawarkan hanyalah tahun 1 dan tahun 2 (bilangan pelajar 25). Sementara bilangan guru hanya 7 orang dan guru besar pertama ialah Muallim Najmuddin bin Hussein.

Bermula pada bulan Desember 1990, tahun 3, tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 telah diadakan dan ketua pelajar pertama ialah Imran bin Abdul Halim. Oleh kerana bilangan pelajar yang tidak ramai,tahun 5 dan tahun 6 disatukan menjadi satu kelas. Pada tahun 1992,  semua  pelajar tahu 6 telah mehambil peperiksaan Sijil Darjah Enam (SDE) dan Sijil Penilaian Rendah Agama (SPRA). Pada tahu 1993,peperiksaan SDE telah ditukar kepada peperiksaan UJian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Antara Ko-kurikulum yang pertama dilaksanakan ketika itu ialah Pergerakan Syabab dan Fatayat Malaysia (PSFM).

Pada tahu 1994, Kumpulan Serdang Bangi Sdn.Bhd. telah ditubuhkan dan SRIAAS diletakan di bawah pengendalian syarikat ini. Syarikat ini kemudiannya telah membeli sebidang tanah pertanian seluas 5.62 ekar di Kampung Sungai Tangkas. Tanah ini kemudiannya ditukar syarat oleh Jabatan Perancang Bandar dan Desa Negeri Selangor menjadi tanah pembangunan sekolah agama.
Pada bulan Januari 1997, SIAAS telah berpindah ke tapak baru di Kampung Sungai Tangkas,Kajang yang telah dibeli oleh Kumpulan Serdang Bangi Sdn.Bhd. Seiringan dengan perkembangan itu, nama SIAAS turut ditukar kepada Sekolah Islam Al-amin Bangi (SIAAB) dan Jawatan Guru Besar diambil alih oleh  Muallim Lazim bin Lawee.

Pada tahun ini juga sekolah menengah mula ditubuhkan dan hanya tingkatan 1 dibuka dengan bilangan pelajar seramai 8 orang,  sementara bilangan pelajar sekolah rendah seramai 358 orang.
Pada peringkat awal, Sekolah Islam Al-amin Bangi dibina terdiri dari 2 blok bangunan satu tingkat dan sebuah dataran yang terletak di antara kedu-dua blok dijadikan sebagai tempat makan dan sembahyang beserta kemudahan padang bola sepak bersaiz piawai.

Pada tahun 1998,jawatan Guru Besar telah diambil alih oleh Muallim Saudi bin Jusoh. Bangunan sekolah menengah mula dibina pada tahun 2000 yang lengkap dengan makmal kimia,biologi,fizik dan makmak computer beserta sebuah dewan. Pembinaan  bangunan sekolah menengah ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Pada mulanya,hanya jurusan sains social yang ditawarkan kepada pelajar tingkatan 4. Namun, pada tahun 2001,jurusan sains tulin mula diadakan setelah bangunan sekolah menengah siap dibina.
Bermula  pada tahun 2003,kelas tahun 1 telah ditambah menjadi 3 kelas. Oleh sebab itu, dewan di bangunan sekolah rendah terpaksa diubah suai untuk dijadikan kelas kerana bilangan kelas yang tidak mencukupi. Bilangan pelajar sekolah menengah dan rendah semakin bertambah setiap tahun. Demi meningkatkan kualiti pendidikan,pengurusan sekolah menengah dan rendah telah diasingkan pada akhir tahun 2003.

Pengasingan ini dilakukan supaya kerja-kerja pengurusan menjadi lebih mudah dan guru-guru juga dapat memberi tumpuan yang lebih baik terhadap tugas-tugas mereka. Guru Besar bagi sekolah rendah ialah Muallim Saudi bin Jusoh manakala Pengetua bagi sekolah menengah ialah Muallimah Norain binti Hayun.
Sekolah ini terus berkembang dan menampakan kemajuan seperti terbinanya 2 blok bangunan 3 tingkat untuk sekolah menengah dan sekolah tahfiz. Kini, jumlah pelajar sekolah rendah 895 orang dengan tenaga pengajar seramai 59 orang dan staf sokongan seramai 18 orang. Sementara sekolah menengah pula bilangan pelajarnya seramai 446 orang dan tenaga pengajar serta stafnya seramai 35 orang.

Sambutan masyarakat setempat terhadap Al-amin Bangi sangat menggalakkan. Namun,beberapa permohonan untuk belajar di SIAAB terpaksa ditolak disebabkan kemudahan kelas yang masih lagi terhad. Justeru itu, pada bulan Januari 2013, Sekolah Al-amin Bangi telah membuka cawangannya di Nilai, Negeri Sembilan.



Pada peringkat awal,pengajian yang ditawarkan adalah tahun 1 tiga kelas sementara tahun 2,3,4 & 5 masing-masing satu kelas. Bilangan pelajar keseluruhan ialah seramai 165 orang sementara tenaga pengajar dan staf ialah 16 orang. Guru Besar pertama Sekolah Al-amin Bangi  Cangan Nilai ialah Muallim Lizal Iswady bin Ahmad Ghazali(2013). Pada tahun ini, bilangan pelajar semakin bertambah iaitu seramai 276 orang dengan bilangan staf seramai 29 orang dan guru besarnya ialah Muallimah Nor Yani bt Md Tan.

   

No comments: